DIA KEMBALI LAGI

Posted: 2 Ogos 2011 in IBADAH, UMUM

  Assalamualaikum wbt…dan salam Ramdhan di hari kedua…cikgu harapkan kalian semua sihat dan ceria menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu puasa bulan Ramdhan…alhamdulillah kerana Allah SWT masih lagi memberi kesempatan dan nikmat di dunia ini untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hambaNya…Alhamdulillah…

dan setinggi kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun 1432H/ 2011M ini…moga2 Ramadhan tahun hadapan kita juga sempat menikmatinya…

dan cikgu pula, ini adalah tahun pertama meraikan Ramadhan sebagai seorang guru di bumi kenyalang, Sarawak…memang terasa sedikit kelainan…dengan keadaan cuaca yang agak panas sekarang, ditambah pula kedudukan rumah cikgu di persisiran muara sungai, bahang air laut memang memedihkan kulit…namun itu semua tak menjadi satu masalah yang bekecil sahaja ujian ini kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih kelaparan di panas terik…Ramadhan adalah sekolah untuk mendidik jiwa kita bermuhasabah, mengenal kembali siapa diri kita yang sebenar di muka bumi ini…

moga Ramadhan kali ini menjadikan kita seorang insan yang lebih menghargai kehidupan ini dalam melunaskan ketaatan kepadaNya…

-Salam Ramdhan 1432H-

Tinggalkan komen