Sabar itu kunci ketenangan

Posted: 9 April 2011 in DARI HATI KE HATI

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 45:-

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;”

masuk bulan ke3 saya di bumi Sarawak menabur bakti sebagai pendidik…alhamdulillah, Allah dah makbulkan impian saya utk menjadi guru. Namun, berada jauh dari kampung halaman, bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan persekitaran dan adat masyarakat yang tak pernah tercapai akal sebelum ni. kali pertama sampai sewaktu pendaftaran di IPG ,Kota Samarahan Januari lalu, saya sedih, keliru dan rasa kecewa..kenapa saya berada disini? kenapa bukan di tempata pilihan saya?

namun, setelah dipujuk dan disuntik semangat, akhirnya saya tersedar dan bangkit dari kesedihan…saya sedar dan sepatutnya saya kena bersyukur sebab saya adalah pilihan Allah untuk menyambung menyampaikan risalahNya. saya betulkan niat saya, saya set up semula minda saya, tujuan saya menjadi guru…

S.A.B.A.R + R.E.D.H.A >>>> sabar menjadi kunci buat hati saya kental menerima ketentuan perjalanan hidup saya bergelar guru…redha Allah menjadi matlamat saya agar segala niat, tujuan, tugas dan amalan saya diterimaNya…

bukan senang nak membentuk kesabaran..terkadang pahit dan sakit sangat…sabar berjauhan dari insan-insan yang disayangi, sabar dengan cabaran dan kesulitan yang dihadapi…

masih saya ingat lagi, sejak saya sedar dan memujuk hati bahawa guru adalah da’i, dan saya pahatkan dalam hati bahawa ramai insan-insan disini memerlukan ilmu, Allah beri kemudahan kepada saya sewaktu berangkat di mana sekolah saya di tempatkan… walau dalam kepenatan, saya bersyukur sangat…tak ada halangan berat yang dihadpi kecuali sedikit penat kerana terpaksa bangun awal untuk bergerak ke kampung ini dan seharian tak sempat menjamah sebarang makanan…

namun, saya percaya kerana SABAR saya masih tegar berada di sini…
kerana SABAR saya mahu di sini…
kerana SABAR saya bangga menjadi guru di sini…

SK Lela Pahlawan, Lingga
94900 Sri Aman Sarawak.

♥ cikgu sabar ♥

Komen-komen
  1. meen berkata:

    salam..terus kuat n sabar ckgu.. insyaAllah sy pun nak jd pndidik mcm akak..^_~

    • cikgu berkata:

      bagus la kalau ada cita2 tue…menjadi pendidik adalah pekerjaan yg sangat mulia kerana mendidik orang2 di sekeliling mengenal Tuhan, ilmu dan nilai🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s