Permata Dalam Lirik

Posted: 5 Mei 2010 in CETUSAN IDEA

Tajuk: Dilema/ Permata Antara Kaca
Artis: Hijjaz

Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya
Di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh Wanita..
Mari menginsafi kepada asal fitrah kejadian mu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadaNya juga pada rasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya
Wanita…

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi perbadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah…

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

“Wanita adalah pehiasan dunia, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
“Diciptakan wanita dari rusuk kiri Adam, bukan dari kaki untuk dialas,
bukan dar kepala untuk disanjung, tetapi dekat di hati untuk disayangi”

Perhatikan dan fahami bait kata di dalam lirik di atas.

“Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya
Di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli”

Lihatlah teman, rakan, saudara perempuan yang berada di sekeliling anda.
Malu bukan lagi menjadi perhiasan. Bukan sahaja sekadar perhiasan, tapi malu
seorang wanita nilainya lebih berharga sebagai maharnya. Tidak terbeli dengan wang yang berjuta,
namun, kerana hilangnya perhiasan malunya, wanita tergadai maruahnya. Hilang sebahagian imannya.
“Malu itu sebahagian daripada iman”

Di mana lagi Panglima mencari serikandi sebagai sayapnya, andai wanita sudah tidak
lagi menjaga diri.

“Oh Wanita..
Mari menginsafi kepada asal fitrah kejadian mu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadaNya juga pada rasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya”

Mari kakak, mari ibu, mari adik,
Lahir mu bukan di kaki sebagai pengalas, bukan jua untuk disanjung.
Lahir mu untuk dihormati, mana mungkin kemuliaan syurga dimiliki oleh lelaki,
kerana kelembutan mu sebagai wanita, lalu Tuhan perintahkan, Kalam Allah
dan Sunnah Rasulnya yang perlu kau pegang. Masakan tidak Rasul akhir zaman berpesan, taati ibu mu melebihi ayah mu.

“Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi perbadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah…”

Wahai insan bernama wanita, renunglah pada sejarah. Pada diri Khadijah
tauladan ummah. Rasulullah menjadi pilihan hatinya kerana keindahan akhlak.
Dan kerana pekertinya jua, Rasul menjadikan Khadijah suri hidupnya. Lalu, apa lagi
ciri yang mampu mengatasi keindahan akhlak seorang wanita pada pandangan ajnabi, malu mu,
tingkah laku mu, kemuliaan mu lahir dari pimpinan agama.

“Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya”

Namun, masih adakah permata pada wanita yang auratnya terdedah sana sini,
tubuhnya menjadi santapan mata sang lelaki,
yang maruahnya tiada harga, disentuh, dirasa sewenangnya, di mana lagi permata
andai malu sudah tiada. Permata yang indah menyilaukan mata dengan cahayanya, namun
kerana runtuhnya malu seorang wanita, kilauan permata tiada lagi. Sudah tiada beza jika
diletakkan bersama kaca. Andai dicari, pasti terluka jemari. Itulah wanita, sukarnya dicari
tika ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju lagi senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun tak muncung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s