LIFE IS SHORT, SO MAKE IT SWEET…

Posted: 13 April 2010 in DARI HATI KE HATI

Masih segar dalam ingatan ana kata-kata ini “Life is short, so make it sweet” daripada Sir Arivanathan, guru Bahasa Inggeris ketika di bangku sekolah.Hari terakhir beliau di sekolah sebelum ditukarkan ke daerah lain, ana menyerahkan satu “notebook” kecil, minta dituliskan sesuatu..

Dulu, kata-kata ini tak memberi apa-apa maksud pada ana, tetapi hari ini, ana menyedari kehidupan seorang Muslim hendaklah dihiasi dengan keindahan.Keindahan yang dimaksudkan bukanlah mengejar dunia dan isinya sebagai matlamata utama, tetapi hendaklah dihiasi dengan amal dan taqwa.

Teringat satu petikan dari tulisan Buya HAMKA, “Hidup di dunia ini sangat terbatas, dan mati mudah benar datangnya.Sebelum kita ada, usia dunia telah beribu tahun, dan setelah kita mati kelak usia dunia pun akan berjalan entah berapa ribu tahun lagi.Kalau hidup yang sangat pendek itu tidak diisi dengan kebaktian, dengan ibadat, habis percumalah hidup kita”.

Jadi, hidup ini matlamat hakikinya sudah tentu Mencari Allah, kerana kita datang dariNya, kepadaNya jua kita perlu kembali.Kembali dengan amalan dan bekal kalau kita ingin bertemu denganNya.

inginkan tempat paling disisiNya, bukan pulang dengan tangan kosong, amal ibadat dan ketaqwaan semasa hidup di dunia yang akan menentukan di mana kemuliaan di akhirat kelak..

عَسى أَنْ يَبْعثَكَ رَبّك مَقامًا محموداً

“Mudah-mudahan Tuhan engkau akan meletakkan engkau di tempat yang terpuji” (al-Isra’: 79)

Komen-komen
  1. fuadzaki berkata:

    jazakillah, uhkti fillah.
    pepatah arab ada berbunyi
    ” ad-dunya sa’ah, faj’alha to’ah ”
    maksdnya, ‘ life is an hour, so let it be obedience..’ semoga kita sama2 dpt sentiasa muhasabah. inginkan diri ditarbiah..’jadi orang yang paling bijak’ =) amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s