PANDANGAN MATA SELALU MENIPU

Posted: 11 April 2010 in CETUSAN IDEA

Zina mata adalah dasar kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. SAbda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri
anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri”.

Mata itu boleh berzina dengan pandangan kerana melihat sesuatu yang haram.
Lidah itu berzina dengan perkataan.
Kaki berzina kerana menuju ke tempat maksiat.
Tangan itu berzina kerana menyentuh dan memegang yang bukan haknya.

“Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya”.(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Abu Daud).

Lihatlah hikmah peringatan Allah dalam surah al-Nur: 30-31:”Katakan kepada laki-laki beriman; Hendaklah menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.’ ‘Katakan kepada wanita beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”.

Peliharalah pandangan mata mu, kerana mata yang memandang akan menggerakkan hati, kaki dan tangan. Salah memandang binasa badan, rosaklah iman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s