KASIH SAYANG ALLAH SANGAT LUAS

Posted: 5 April 2010 in CETUSAN IDEA

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sehingga mencapai 99 orang. Pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu yang dapat membantunya memberi bimbingan untuk meninggalkan perbuatan jahatnya. Dia telah berjumpa dengan seorang pendeta dan menceritakan perbuatannya selama ini lantas bertanya, “Adakah taubatku masih diterima?”.

Kemudian pendeta itu berkata, “Tidak, taubatmu tidak akan diterima!”. Lalu pembunuh itu membunuh sang pendeta tersebut. Genaplah mangsa pembunuhannya seramai 100 orang. Dia masih tercari-cari orang alim yang dapat membantunya untuk bertaubat, lalu dia bertemu dengan seorang yang alim.

Pembunuh itu menceritakan tentang pembunuhannya terhadap 100 orang mangsa dan bertanya adakah taubatnya akan diterima? Orang alim itu menjawab, “Ya, masih boleh. Siapakah yang berhak menghalangi seseorang untuk bertaubat?Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah itu menyembah Allah SWT. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi ke kampung halaman mu kerana perkampungan mu daerah yang banyak melakukan maksiat”.

Maka pergilah lelaki tersebut ke tempat yang telah dinyatakan.Dalam perjalanan ke sana, dia meninggal dunia.Lalu malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar merebutkan orang tersebut. Malaikat rahmat membela, “Dia pergi ke sana dengan niat untuk bertaubat dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT”. Manakala malaikat azab pula membantah, “Sesungguhnya dia belum pernah berbuat kebaikan walaupun sedikit”.

Lalu Allah mengutuskan malaikat lain sebagai hakim kepada kedua-dua malaikat yang bertengkar tadi. Malaikat yang menjadi hakim itu berkata, “Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, dan nasibnya akan ditentukan berdasarkan yang lebih hampir”. Apabila diukur, mereka mendapati daerah yang ingin dituju itulah lebih hampir.Dengan demikian, dia diterima oleh malaikat rahmat.(Riwayat al-Bukhari, 3470; Muslim;2766)

 

INTISARI:

Allah mengampuni dosa hambaNya sesuai dengan niat dan azamnya sekalipun dia belum menunaikan pa yang telah diniatkan.

Berdampinglah dengan orang yang alim apabila ingin menghadapi masalah supaya dengan ilmu yang dimilikinya dapat membuka jalan penyelesaian.

 

**Adaptasi daripada 101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah; oleh Ust.Zahazan Mohamed.hlm 22&23

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s