KERANA ILMU

Posted: 4 April 2010 in UMUM

“Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah”

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”

“Menuntut ilmu itu adalah kewajipan setiap mukmin”

Pepatah dan sabda junjungan Rasul akhir zaman sudah menjadi darah daging di pendengaran, namun sejauh mana manusia yang dikurniakan akal yang sempurna, menilik dan mengukur ketinggian ilmunya?

Akan tetapi, tinggi atau rendah ilmu yang dimiliki bukanlah ukuran utama, tetapi amali dan praktikelnya dalam kehidupan menjadi keutamaan.Tanpa ilmu negara tidak akan maju, tiada ilmu manusia dalam kejahilan, tak berilmu seluruh kehidupan manusia kelam.Apakah bekal yang perlu dibawa menuju Allah?Sudah tentu perlu pada ilmu, begitulah juga tugas manusia memakmurkan bumi juga perlu pada ilmu.Lihatlah sabda Baginda yang berbunyi:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أراد هما فعليه بالعلم

Maksudnya: “Barangsiap yang inginkan dunia hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu”.

Jelas, manusia tidak boleh mengelak atau mengatakan dirinya tidak perlu pada ilmu. Lalu, akal yang akan menerajui ilmu yang dimiliki, memandu kita bagaimana mahu menggunakan ilmu tersebut. “Ilmu itu cahaya”.

Cahaya yang menerangi jalan dan lorong kehidupan manusia sama ada kehidupan di bumi yang fana’ atau kehidupan akhirat yang kekal.

Komen-komen
  1. jannah berkata:

    bagus2.. dah ada blog baru.. tapi ada spelling error laa.. hihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s